2008-12-19

ARAHAN AMALAN MAHKAMAH RAYUAN BIL. 2 TAHUN 2008

PANDUAN PEMFAILAN REKOD RAYUAN


Untuk mengatasi masalah ruang simpanan Rekod-Rekod Rayuan di Mahkamah Rayuan, amalan berikut hendakiah diikuti bagi pemfailan Rekod-Rekod Rayuan di Mahkamah Rayuan:


1) Dalam perkara-perkara sivil sahaja-


(a) Apabla tiba masanya bagi Perayu/Peguam Perayu untuk memfailkan Rekod Rayuan kepada Mahkamah Rayuan mengikut peruntukan di bawah Kaedah-Kaedah 18 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994, Perayu/Peguam Perayu dikehendaki memfailkan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan, 1 (satu) salinan Rekod Rayuan sahaja dahulu;


(b) baki salinan Rekod Rayuan seterusnya hendaklah difailkan oleh Perayu/Peguam Perayu 3 (tiga) hari slepas menerima notis perbicaraan melalui faks daripada Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan untuk Rayuan berkenaan.


2) Arahan Amalan Mahkamah Rayuan Bil 2 Tahun 2008 yang mengandungi peruntukkan mengenai helaian jilid dalam Rekod Rayuan [BAHAGIAN 11(1) (b dan BAHAGIAN 111 (2) (d)] adalah dengan ini di pinda. Jumlah helaian Rekod Rayuan bagi setiap Jilid hendaklah tidak melebihi 100 helaian sejiiid.


3) Arahan Amalan ini adaiah berkuatkuasa untuk Rekod Rayuan yang difailkan pada
1 Januari 2009.



(TAN SRI DATO’ SERI ALAUBDIN BIN DATO’ MOHB. SHERIFF)
Presiden,
Mahkamah Rayuan Malaysia
Putrajaya

Tarikh: 2 Disember 2008

No comments:

Post a Comment