To All the Members of the Perak Bar
Sister of Islam(SIS) dengan kerjasama Ybhg Dato’ Hajjah Shamsuriah akan menganjurkan Forum “ Ketahui Hak Anda : Hak Wanita Dalam Perundangan Islam “ pada 30hb Ogos 2008.
Forum tersebut akan membincangkan tentang hak-hak wanita dalam Islam seta mengenai prosedur – prosedur Mahkamah Syariah..
Adalah diharap forum ini dapat meningkatkan dan memperkuatkan pengetahuan wanita berkenaan Hak-Hak wanita dalam Islam dan mengenai undang-undang Syariah di Malaysia terutamanya dalam isu perceraian, tuntutan nafkah, poligami, pembahagian harta, seperti faraid, wasiat, hibah,harta sepencarian wang peningglan KWSP dan lain – lain.
Dalam forum tersebut juga, kita akan sama-sama meninjau persoalan-persoalan yang seringkali bermain di fikiran wanita Islam seperti:
1. Adakah orang Islam dibenarkan meninggalkan wasiat?
2. Bagaimanakah pembahagian harta sekiranya suami meninggal dunia terutama jika tiada anak lelaki?
3. Kalau suami mahu berkahwin lagi adakah si isteri wajib membenarkanya?
4. Apakah hak isteri yang tidak bekerja terhadap harta sepencarian?
5. Apakah yang boleh dilakukan jika dipukul atau didera oleh suami?
6. Apakah yang dapat dilakukan sekiranya suami tidak memberikan kerjasama dalam urusan perceraian, nafkah dan sebagainya. Bagaimanakah mendapatkan khidmat peguam dan apakah tanggugjawab peguam?
dan banyak lagi.
Objektif forum tersebut diadakan adalah bagi:-
Meningkatkan kefahaman mengenai hak-hak wanita dalam Islam , khususnya dalam hal tuntutan nafkah, perceraian, isu poligami, pembahagian harta dan sebagainya.
Memberi kesedaran tentang hak-hak wanita dalam undang-undang Syariah di Malaysia.
Menyediakan platform untuk wanita-wanita bertemu dan berkongsi pengalaman antara satu sama lain.
Membincangkan bagaimana kaedah wanita bersama-sama dapat membantu rakan-rakan yang mengalami masalah.
Sila buat pengesahan kehadiran anda kepada Cik Prem/Cik Sarah dengan menghubungi Sekretariat Jawatankuasa Peguam Perak sebelum 25hb Ogos 2008.
Kehadiran dan sokongan anda bagi menjayakan forum ini amatlah dialu-alukan dan diucapkan ribuan terima kasih
Yang benar,
Bagi pihak Dato’ Shamsuriah
Pengerusi
Jawatankuasa Undang –Undang Syariah
Jawatankuasa Peguam Negeri Perak
PROGRAM
FORUM
“KETAHUI HAK ANDA”
HAK WANITA DALAM PERUNDANGAN ISLAM”
Anjuran Sisters In Islam
Tarikh : 30hb Ogos 2008
Waktu : 9.00pagi - 5.00petang
Tempat : Hotel Impiana Casuarina, Ipoh.
Masa Sesi
9.00pg-9.30pg SESI PENDAFTARAN dan Minum Pagi
9.30pg-9.40pg SESI 1 : Kata –kata Aluan
9.40pg-10.30pg SESI 2 : Pengenalan Mengenai Sisters In Islam
Dan Isu Wanita Islam Di Malaysia
Oleh : Norhayati Kaprawi (Pengurus Program, Sisters in Islam)
10.30pg -12.00tg SESI 3 : Undang- Undang Keluarga Islam di
Malaysia dan Negara-Negara Islam
Oleh : Sa’adiah Din (Pegawai Syariah Berdaftar)
12.00tg - 1.00ptg SESI 4 : Memahami Shariah Untuk Wanita
Oleh : Ketua Hakim Syarie Terengganu dan
Bekas Mufti Terengganu, Ybhg Dato’ Hj Ismail Bin Yahya
1.00ptg -2.30ptg Makan Tengahari dan Sembahyang Zohor
2.30ptg -2.45ptg Selawat Gender
1.00ptg -2.30ptg SESI 5 : Harta Dalam Perkahwinan – Hak Nafkah
Harta Sepencarian, Harta Waris
Oleh : Ketua Hakim Syarie Terengganu dan Bekas Mufti Terengganu, Ybhg Dato’ Hj Ismail bin Yahya
3.45ptg - 4.00ptg Minum Petang
4.00ptg - 4.30ptg SESI 6: Siapakah Yang Dapat Membantu Wanita dan Bagaimana Wanita Dapat Membantu Sesama Sendiri
Oleh : Norhayati Kaprawi (Pengurus Program,
Sisters In Islam)
4.30ptg – 5.00ptg SESI 7 : Penilaian dan Penutup
No comments:
Post a Comment